"Alrite...lets go jiwang karat....hak3"
1 Ogos 2011
Aku sampai lambat ke pejabat pagi ini. 1st day puasa. Membuatkan biological clock aku agak lari. Lepas sahur aje, aku semayang dan kemudiannya aku tidur balik. Pesan dekat Azam, mintak tolong dia kejutkan aku sebab dia kata dia tak nak tidur, nak main game, aku bangun tengok dia sendiri tengah terbongkang depan TV sambil game tengok dia.
Highlight untuk hari ini? 1st day Ramadhan,itu satu...
Highlight kedua untuk hari ini? Masa aku nak lif sampai ofis tadi ada minah cun naik lif sekali dengan aku. Turun floor sama! Aku nampak dia pegang paperwork company sebelah ofis aku. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik. Memang taste aku...pakai tudung dan pakai baju pejabat dengan skirt labuh panjang. Kalau mak tengok mesti berkenan.
2 Ogos 2011
Azam nak beli barang dapur bulan tu. Aku hulur RM150. Gi ofis hari ini...jenguk-jenguk ofis sebelah.Awek tu takde :(
4 Ogos 2011
SERIUS AKU LETIH GILA HARI NI! Bos suruh aku jumpa client kat Setapak. Minyak bukan boleh claim. Anak haram. Kerja dengan company Melayu ni kebanyakannya macam tu la. Kerja nak staff overtime aje..overtime taknak bayar...masuk kerja mesti on time.
Tapi rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Aku nak keluar aje ofis masa nak pegi Setapak, minah yang aku suka keluar ofis dia. Terserempak lagi. Mana dia selama ni? Adakah Tuhan mentakdirkan aku bertemu bakal isteri aku sewaktu bulan Ramadhan ni? Adakah ini dugaan yang kau sediakan untuk aku hadapi bulan Ramadhan ini?
Adakah ini tandanya jodoh aku dah sampai?Financially aku memang ready. Tapi sebab aku memilih sangat ke? We always want the best for ourselves, right?
5 Ogos 2011
On the way nak keluar solat Jumaat, selisih dengan dia dan kawan dia,seorang amoi. Kantoi pegang paperbag MacDonald....nampak sangat tak boleh puasa hari tu..hehehehe....
6 Ogos 2011
Lepak dengan geng-geng lama,buffet dekat Hilton. Kopak aku RM90...aku makan setakat sepinggan dua. Nasib baik aku tak bercouple dengan dia lagi, kalau tak kopak Rm180... amiiinn! Insya Allah.
9 Ogos 2011
Hari ini, setelah berapa hari menunggu, aku dapat pulak naik lif sekali dengan dia. Kali ni aku tak nak setakat senyum aje. Aku senyum dan tegur dia "selamat pagi" dia jawab balik ucapan sama dekat aku.
Sepanjang hari, aku angau. Aku ada 2 meeting hari ni...tapi apa benda yang jadi masa meeting? Aku tak sedar. ANGAU!
Hari ni, Azam ajak aku sembang jantan. Dia kata dia dengan awek dia nak putus sebab dah stagnant. Aku tak pernah tau macam mana rasa stagnant tu.
12 Ogos 2011
Buku notaku, kau tau macam mana perasaan dia bila sesuatu benda yang kau tunggu punyala lama akhirnya sampai kat kau? Akhirnya hari ini, dia yang tegur aku dulu. Aku hanya mampu senyum aje sebab aku terkejut. Happy? Yes I am!
14 Ogos 2011
Traffic jam sesak benar kat highway hari ni. Tapi Alhamdulillah aku dapat jugak berbuka puasa dengan family aku semalam dengan hari ini. Kak Long Insya Allah dapat anak seorang lagi lepas raya. Abang Ngah pun hujung tahun ni. Sabrina pun dah ada anak seorang walhal dia dengan aku gap 5 tahun bezanya muda dia. Aku? 29 tahun...ada kerja..tak ada calon bini...
Eh..silap..silap...dah ada.
Ya Allah, pertemukanlah jodoh aku dengan dia...Berikanlah aku keberanian nak tegur dia dan ajak berkenalan.. Amin...
17 Ogos 2011
Azam balik dengan muka marah hari ni. Senyap aje dia terus masuk bilik. Aku tak berani tanya apa-apa. Tarawikh pun dia miss hari tu.
21 Ogos 2011
Aku duduk rumah aje weekend ni. Memang tak ada benda sangat nak buat jadi aku kemas-kemas rumah aje sebab dah bersepah sangat. Bila aku kemas bilik, terbukak balik semua memorabilia lama dengan Idayu. Pergh..luntur hati dan jiwa ni bila teringat balik yang aku dengan dia memang dah berjanji nak kahwin dulu. Tapi dah mak dia tak suka aku, nak buat macam mana?
Berapa lama dah aku single? 4 tahun lebih. Senang macam ni. Tapi kadang-kadang jiwa tu agak sakit jugak. Ada orang tanya "takkan kat pejabat takde yang berkenan?" Berkenan nak buat teman beronggeng boleh la. Takut aku dengan ofismate aku yang perempuan ni. Balik-balik cerita pasal clubbing,clubbing,clubbing...
Apa khabarlah Idayu sekarang ni? Aku dengar dia dah anak dua.
22 Ogos 2011
Aku berselisih dengan dia lagi hari ni. Aku suka tudung dia hari ni. Moden tapi still consider tudung labuh. Gay ke aku ni kalau aku tulis dalam diari pasal tudung perempuan? Agak gay...tukar topik cepat-cepat...
Berita terbaik untuk hari ini?Semua ofis yang jadi tenant dekat sini di invite untuk majlis buka puasa Rabu ni. Building management punya event.
Peluang? Yes. Aku rasa ini peluang breakthrough untuk aku.
23 Ogos 2011
Azam balik. Sengih besar. Aku malas nak tanya. Dia suruh aku tanya kenapa dia happy macam tu. Aku pun tanya la. Dia kata dia nak bertunang, lepas raya. Pelik aku, hari tu kata stagnant...cinta ni....memang tak boleh nak jangka.
24 Ogos 2011
Buffet management hari ini, aku tegur dia. Selebihnya? Tak sempat borak sangat sebab datang pulak ofismate aku duduk sekali situ. Member-member dia pun datang...MENYIBUK AJE ORANG NAK AYAT AWEK!
Ramai betul sebenarnya yang jadi tenant kat building ni. Tak sangka pulak kerja satu bangunan tapi ada aje muka yang aku sendiri tak pernah nampak sebelum ni.
Tapi sekurang-kurangnya,dia dah tau nama aku. Aku pun dah tau nama dia.Itu adalah progress untuk diri aku yang aku sangat appreciate.
26 Ogos 2011
Last day kerja hari ni sebelum cuti. Aku tak nak tulis apa-apa hari ini. Mood aku memang teruk...morale aku memang down.
27 Ogos 2011
Pernah tak dalam hidup kau, kau rasa seolah-olah kena campak dari atas langit dan dibiarkan aje jatuh ke bumi? Aku tak sangka semalam aku sendiri merasai benda tu.
Aku ingat luck memang dah menyebelahi aku...aku beranikan diri tegur dia lagi bila naik lif. Aku ingatkan memang Tuhan nak tolong aku sebab bagi aku kesempatan naik lif sekali dengan dia hari ni.
Soalan aku dekat dia mudah aje," tak balik kampung tahun ni?"
Jawapan dia? "Balik...tapi balik kampung husband I....tahun lepas dah balik kampung I..."
HO SHIT...
HO SHIT...
HO SHIT...
Aku terus diam. Aku tak tau nak cakap apa lagi lepas tu. Rasa macam dinding lif himpit-himpit aku. Rasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah.
28 Ogos 2011
Balik kampung.Jam teruk. Bukak aje puasa,mak tanya kat aku, aku ni gay ke sebab tak nak kawin-kawin lagi? Abah senyum...kalau aku ni gay...aku rasa dah lama dah aku kawin.
29 Ogos 2011
Esok raya? Lusa raya?
Azam sms aku. Dia betunang 17 September. Ajak aku ikut dia. Bila aku pulak nak ajak orang temankan aku bertunang?
0 comments:
Post a Comment