Thursday, 22 September 2011

Kisah Lirik Lagu Cinta Yang Tak Logik Untuk Diproses Oleh Akal

1. Aerosmith : I Don't Want to Miss Thing


I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping

Gila tipu...Kalau dah ngantuk tu takdelah tertidur dengan gaya yang ayu dan comel...Berdengkur tak kira lagi.



2. Lifehouse : You and Me

 
Everything she does is beautiful
Everything she does is right

Kah kah kah.Hahaha.Wahahaha.Wakakakaka.Seperti kata2 pempuan yang perasan vogue,"Yea.....right!"


3. Lionel Richie : Hello

 
I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

Sometimes I feel my heart will overflow

Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you


Lirik pertama menunjukkan perempuan yang diminati adalah seorang stalker.
Baris kedua menggambarkan yang cinta menyebabkan sakit jantung.
Rangkap ketiga menunjukkan lelaki itu sebenarnya blur..dia tau..tapi dia buat2 tak tau,konon manja.


4. Eric Clapton : Wonderful Tonight

 
It's late in the evening; she's wondering what clothes to wear.
She puts on her make-up and brushes her long blonde hair.
And then she asks me, "Do I look all right?"
And I say, "Yes, you look wonderful tonight."

Dalam lirik,nampak macam sekejap.Real life,apa yang berlaku dalam lirik di atas mengambil masa 2 jam lebih dan selalunya,lelaki itu akan menjadi kurang sabar ;dan jawapan untuk persoalan "Do I look all right" itu adalah "CEPATLAH!DAH LAMBAT!"


5. N'Sync - Drive Myself Crazy

 
Where was my head
Where was my heart
Now I cry alone in the dark

I lay awake
I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you
Made a mistake
When I let you go baby

Jika ada lelaki yang menyanyikan kepada anda lagu ini,lari jauh2 dari dia.
Dia tak tau mana akal dia,dia tak tau mana hati dia sebab selalu menangis dalam gelap dan bila dia terbaring keseorangan....dia jadi gila...sebab terlalu meminati anda.Jika inginkan kekasih yang tak siuman,silakan.

...............

Dan aku ingat,lirik lagu cinta yang dinyanyikan perempuan untuk lelaki,ok lah sket..rupanya lagi teruk.
 
  
6. Mariah Carey : Always Be My Baby


 
We were as one babe,For a moment in time,And it seemed everlasting
That you would always be mine
Now you wanna be free,So I'll let you fly,Cause I know in my heart babe
Our love will never die

You'll always be a part of me,I'm part of you indefinitely
Boy don't you know you can't escape me,Ooh darling 'cause you'll always be my baby
And we'll linger on,Time can't erase a feeling this strong
No way you're never gonna shake me,Ooh darling 'cause you'll always be my baby

I ain't gonna cry no And I won't beg you to stay
If you're determined to leave boy I will not stand in your way
But inevitably,You'll be back again
'Cause you know in your heart babe, Our love will never end

Jika anda mendedicate lagu ini kepada ex-boyfren anda selepas terputusnya cinta,itu maksudnya,anda tak dapat accept cinta anda dah terputus dan anda berpotensi untuk jadi seorang possesive stalker.

Thursday, 8 September 2011

Kisah Toxic Dalam Badan

Apekah ini??
Ok...gambar diatas bukan la uncang kopi tapi ia nyer ialah bekas toxic yang keluar dari badan aku...damn!! hitam tuh....bende sebenarnyer penarik keluar toxic dlm badan melalui kaki...ala mcm dlm iklan Pua Chu Kang tu yg tampal kat kaki tuh...dont play play ok...ni la bende nyer..tapi brand len r...meh aku story macam mane aku ley terjebak pakai bende ni....

Aku beli bende ni masa aku beraya kat rumah classmate aku masa dliploma ...Zahidah nama di beri...hak3...masa dok tengah syok makan kuih raya kat rumah beliau aku ternampak la bende ni banyak2 kat depan rumah die dalam packaging plastic silver dan gold....menurut sumber yang diberi ia nyer datang fresh dari Mesir (macam baca berita lak...) sbb abang die belajar kat mesir...tapi nasib bek abng die grad dlu sblm rusuhan kat mesir tu....

Sebenar nyer ada 2 type bende ni....dalam packaging silver ade 10 keping...specialty ia mengeluar kan toxic dalam badan dan kalau yang dalam packaging gold pula ada 10 keping gak ..specialty ia mengeluar kan lemak dan toxic sket2....yang silver tu RM15 satu...yang gold pulak RM18 satu....bagi aku price ni kire murah la kalo nak di banding kan dengan brand lain sampai RM30 satu...

ni warna die yang fresh...nampak kan perbezaan die...hak3
Aku mmng da lama nak try tapi tengok harge die kat kedai bkn men mahal lagi so x jadi beli...so sementara dapat offer ni bek aku beli 1 kan....bagi aku bagus jugak lah bende ni...dapat buang toxic dalam badan kan...bak kata orang terasa la nicotine tu keluar ikot kaki...hak3....even kalau keluar 5% toxic dalam badan pon jadi la kalau dapat memanjang kan usia aku selama setengah jam pon ok....hahaha...
p/s - keluar 5% tapi masuk 10%....hak3....

Thursday, 1 September 2011

Kisah Cerpen : Catatan Ramadhan Seorang Lelaki

"Alrite...lets go jiwang karat....hak3"


1 Ogos 2011

Aku sampai lambat ke pejabat pagi ini. 1st day puasa. Membuatkan biological clock aku agak lari. Lepas sahur aje, aku semayang dan kemudiannya aku tidur balik. Pesan dekat Azam, mintak tolong dia kejutkan aku sebab dia kata dia tak nak tidur, nak main game, aku bangun tengok dia sendiri tengah terbongkang depan TV sambil game tengok dia.

Highlight untuk hari ini? 1st day Ramadhan,itu satu...

Highlight kedua untuk hari ini? Masa aku nak lif sampai ofis tadi ada minah cun naik lif sekali dengan aku. Turun floor sama! Aku nampak dia pegang paperwork company sebelah ofis aku. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik. Memang taste aku...pakai tudung dan pakai baju pejabat dengan skirt labuh panjang. Kalau mak tengok mesti berkenan.


2 Ogos 2011

Azam nak beli barang dapur bulan tu. Aku hulur RM150. Gi ofis hari ini...jenguk-jenguk ofis sebelah.Awek tu takde :(

4 Ogos 2011

SERIUS AKU LETIH GILA HARI NI! Bos suruh aku jumpa client kat Setapak. Minyak bukan boleh claim. Anak haram. Kerja dengan company Melayu ni kebanyakannya macam tu la. Kerja nak staff overtime aje..overtime taknak bayar...masuk kerja mesti on time.

Tapi rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Aku nak keluar aje ofis masa nak pegi Setapak, minah yang aku suka keluar ofis dia. Terserempak lagi. Mana dia selama ni? Adakah Tuhan mentakdirkan aku bertemu bakal isteri aku sewaktu bulan Ramadhan ni? Adakah ini dugaan yang kau sediakan untuk aku hadapi bulan Ramadhan ini?

Adakah ini tandanya jodoh aku dah sampai?Financially aku memang ready. Tapi sebab aku memilih sangat ke? We always want the best for ourselves, right?

5 Ogos 2011

On the way nak keluar solat Jumaat, selisih dengan dia dan kawan dia,seorang amoi. Kantoi pegang paperbag MacDonald....nampak sangat tak boleh puasa hari tu..hehehehe....

6 Ogos 2011

Lepak dengan geng-geng lama,buffet dekat Hilton. Kopak aku RM90...aku makan setakat sepinggan dua. Nasib baik aku tak bercouple dengan dia lagi, kalau tak kopak Rm180... amiiinn! Insya Allah.

9 Ogos 2011

Hari ini, setelah berapa hari menunggu, aku dapat pulak naik lif sekali dengan dia. Kali ni aku tak nak setakat senyum aje. Aku senyum dan tegur dia "selamat pagi" dia jawab balik ucapan sama dekat aku.

Sepanjang hari, aku angau. Aku ada 2 meeting hari ni...tapi apa benda yang jadi masa meeting? Aku tak sedar. ANGAU!

Hari ni, Azam ajak aku sembang jantan. Dia kata dia dengan awek dia nak putus sebab dah stagnant. Aku tak pernah tau macam mana rasa stagnant tu.


12 Ogos 2011

Buku notaku, kau tau macam mana perasaan dia bila sesuatu benda yang kau tunggu punyala lama akhirnya sampai kat kau? Akhirnya hari ini, dia yang tegur aku dulu. Aku hanya mampu senyum aje sebab aku terkejut. Happy? Yes I am!

14 Ogos 2011

Traffic jam sesak benar kat highway hari ni. Tapi Alhamdulillah aku dapat jugak berbuka puasa dengan family aku semalam dengan hari ini. Kak Long Insya Allah dapat anak seorang lagi lepas raya. Abang Ngah pun hujung tahun ni. Sabrina pun dah ada anak seorang walhal dia dengan aku gap 5 tahun bezanya muda dia. Aku? 29 tahun...ada kerja..tak ada calon bini...

Eh..silap..silap...dah ada.

Ya Allah, pertemukanlah jodoh aku dengan dia...Berikanlah aku keberanian nak tegur dia dan ajak berkenalan.. Amin...

17 Ogos 2011

Azam balik dengan muka marah hari ni. Senyap aje dia terus masuk bilik. Aku tak berani tanya apa-apa. Tarawikh pun dia miss hari tu.

21 Ogos 2011

Aku duduk rumah aje weekend ni. Memang tak ada benda sangat nak buat jadi aku kemas-kemas rumah aje sebab dah bersepah sangat. Bila aku kemas bilik, terbukak balik semua memorabilia lama dengan Idayu. Pergh..luntur hati dan jiwa ni bila teringat balik yang aku dengan dia memang dah berjanji nak kahwin dulu. Tapi dah mak dia tak suka aku, nak buat macam mana?

Berapa lama dah aku single? 4 tahun lebih. Senang macam ni. Tapi kadang-kadang jiwa tu agak sakit jugak. Ada orang tanya "takkan kat pejabat takde yang berkenan?" Berkenan nak buat teman beronggeng boleh la. Takut aku dengan ofismate aku yang perempuan ni. Balik-balik cerita pasal clubbing,clubbing,clubbing...

Apa khabarlah Idayu sekarang ni? Aku dengar dia dah anak dua.

22 Ogos 2011

Aku berselisih dengan dia lagi hari ni. Aku suka tudung dia hari ni. Moden tapi still consider tudung labuh. Gay ke aku ni kalau aku tulis dalam diari pasal tudung perempuan? Agak gay...tukar topik cepat-cepat...

Berita terbaik untuk hari ini?Semua ofis yang jadi tenant dekat sini di invite untuk majlis buka puasa Rabu ni. Building management punya event.

Peluang? Yes. Aku rasa ini peluang breakthrough untuk aku.

23 Ogos 2011

Azam balik. Sengih besar. Aku malas nak tanya. Dia suruh aku tanya kenapa dia happy macam tu. Aku pun tanya la. Dia kata dia nak bertunang, lepas raya. Pelik aku, hari tu kata stagnant...cinta ni....memang tak boleh nak jangka.

24 Ogos 2011

Buffet management hari ini, aku tegur dia. Selebihnya? Tak sempat borak sangat sebab datang pulak ofismate aku duduk sekali situ. Member-member dia pun datang...MENYIBUK AJE ORANG NAK AYAT AWEK!

Ramai betul sebenarnya yang jadi tenant kat building ni. Tak sangka pulak kerja satu bangunan tapi ada aje muka yang aku sendiri tak pernah nampak sebelum ni.

Tapi sekurang-kurangnya,dia dah tau nama aku. Aku pun dah tau nama dia.Itu adalah progress untuk diri aku yang aku sangat appreciate.

26 Ogos 2011

Last day kerja hari ni sebelum cuti. Aku tak nak tulis apa-apa hari ini. Mood aku memang teruk...morale aku memang down.

27 Ogos 2011

Pernah tak dalam hidup kau, kau rasa seolah-olah kena campak dari atas langit dan dibiarkan aje jatuh ke bumi? Aku tak sangka semalam aku sendiri merasai benda tu.

Aku ingat luck memang dah menyebelahi aku...aku beranikan diri tegur dia lagi bila naik lif. Aku ingatkan memang Tuhan nak tolong aku sebab bagi aku kesempatan naik lif sekali dengan dia hari ni.

Soalan aku dekat dia mudah aje," tak balik kampung tahun ni?"

Jawapan dia?  "Balik...tapi balik kampung husband I....tahun lepas dah balik kampung I..."

HO SHIT...
HO SHIT...
HO SHIT...

Aku terus diam. Aku tak tau nak cakap apa lagi lepas tu. Rasa macam dinding lif himpit-himpit aku. Rasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah.

28 Ogos 2011

Balik kampung.Jam teruk. Bukak aje puasa,mak tanya kat aku, aku ni gay ke sebab tak nak kawin-kawin lagi? Abah senyum...kalau aku ni gay...aku rasa dah lama dah aku kawin.

29 Ogos 2011

Esok raya? Lusa raya?

Azam sms aku. Dia betunang 17 September. Ajak aku ikut dia. Bila aku pulak nak ajak orang temankan aku bertunang?